SEJARAH SKBP

LATAR BELAKANG
 
             Sekolah ini mula ditubuhkan pada 1 Januari 1984 sebagai cawangan kepada Sek. Keb. Bandar Mas. Bilangan muridnya ketika itu seramai 72 orang dengan tenaga pengajar seramai 6 orang guru. Nama sekolah diambil sempena kedudukannya yang terletak dalam kawasan Lembaga Bandaran Bandar Penawar yang dimajukan oleh KEJORA tidak jauh dari pusat peranginan terkenal, Tanjung Penawar iaitu Pantai Desaru.

                Bermula dengan menumpang di Dewan Besar KEJORA, sekolah ini mendapat bangunan pertama sendiri pada 1 April 1984 iaitu sebuah bangunan pasang siap yang menempatkan sebuah pejabat, bilik darjah dan sebuah kantin serta padang permainan di kawasan seluas 10 ekar. Oleh kerana kepesatan pembangunan dan pertambahan penduduk, sebuah bangunan kekal dua tingkat yang mempunyai 10 bilik darjah bersama beberapa bilik khas dan sebuah bangunan kantin yang lebih besar telah dibina pada bulan September 1986 dan mula digunakan pada bulan Jun 1987. Bangunan asal telah diubahsuai dan dijadikan kelas Pra Sekolah yang mula diperkenalkan pada tahun 1992. 10 unit rumah guru juga siap dibina pada akhir 1997 dan mula diduduki pada 1 Januari 1998. Sebuah bangunan tambahan sumbangan KEJORA iaitu Dewan SKBP siap dibina pada pertengahan 1997 dan telah digunakan.

             Pada sesi persekolahan 2000, bilangan murid terus meningkat kepada 799 orang dengan tenaga pengajarnya seramai 42 orang guru yang dibahagikan kepada 2 sesi persekolahan. Sesi pagi seramai 406 orang murid di dalam 11 buah kelas dengan 24 orang guru, manakala sesi petang pula seramai 393 orang murid di dalam 11 buah kelas dengan tenaga pengajarnya seramai 18 orang guru. Sekolah ini juga mempunyai seorang Pembantu Tadbir N9, seorang Pembantu Tadbir N11 dan seorang Pembantu Am Rendah R11 serta seorang Pengasuh Kelas Pra Sekolah.

 

SENARAI GURU BESAR YANG PERNAH BERKHIDMAT DI SKBP
 
 

1. 01.01.1984 - 30.04.1985 - En. Nordin bin Itam ( Guru Besar SK. Bandar Mas merangkap
                                                    Penyelia sekolah ini )
2. 01.06.1985 - 01.12.1987 - En. Ishak bin Hj. Nor ( Guru Besar Pertama sekolah ini )
3. 16.12.1987 - 30.11.1997  - En. Osman bin Abdullah ( Sekarang bertugas sebagai Guru Besar
                                                   di SK. LKTP Kledang, Kota Tinggi )
4. 01.12.1997 - hingga kini  - En. A. Razak bin A. Karim

[ Falsafah ] [ Kata Aluan ] [ Semasa ] [ Kurikulum ] [ Kejayaan ]
[ Kokurikulum ] [ Aktiviti Luar ] [ Program ] [ Keluarga ]