Terima kasih diucapkan kepada anda yang berkunjung
ke Homepage SK. Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor. Bersyukur saya kepada
Allah s.w.t kerana di atas petunjukNya dan dorongan pihak PPD Kota Tinggi,
maka dapat pihak sekolah mewujudkan Homepage sekolah kami sendiri.
Homepage kami ini adalah sebagai satu usaha meningkatkan
lagi kualiti pengurusan serta perkongsian maklumat demi menyanjungi usaha
pendidikan sebagai santapan jiwa insan. Walaupun begitu, kejayaan ini adalah
hasil kerjasama erat semua guru dan kakitangan sekolah ini. Tahniah diucapkan
dan akhir kata, happy surfing.